Cerita Hari Pertama
Cerita interaktif tentang hari pertama di sekolah rendah: bangun pagi, bersiap, ke sekolah, berkawan dan pulang dengan selamat. Anak buat persediaan sambil berasa seronok, bukan takut.
Ada dalam demo percuma
DuniaMisi
Untuk anak 4–7 tahun
Koleksi game pendidikan untuk anak 4 hingga 7 tahun: persediaan Darjah 1, Jawi dan English. Direka untuk telefon anda, dan boleh dimain di mana mana, walaupun tanpa internet.
Setiap game ada dunia dan cara mainnya sendiri. Anak kumpul sticker daripada semua game ke dalam satu Album Saya.
Cerita interaktif tentang hari pertama di sekolah rendah: bangun pagi, bersiap, ke sekolah, berkawan dan pulang dengan selamat. Anak buat persediaan sambil berasa seronok, bukan takut.
Ada dalam demo percumaMengenal huruf Jawi, menulis ikut laluan yang betul dan menyambung perkataan. Bank perkataan disusun mengikut umur, daripada mudah kepada lebih mencabar.
Boleh dimain sekarangBelajar bunyi huruf English mengikut kaedah Jolly Phonics, kumpulan demi kumpulan, dengan audio sebutan dan pelbagai mod permainan yang dibuka berperingkat.
Boleh dimain sekarangPermainan ular klasik yang diubah menjadi latihan minda. Jawab soalan untuk membesar, boleh dimain seorang atau bersama keluarga sehingga 4 pemain.
Boleh dimain sekarangMatematik cara mudah untuk anak kecil
Akan DatangMelihat jam dan mengira wang belanja
Akan DatangKedua duanya termasuk dalam Harga Pengasas. Tiada caj tambahan bila siap nanti.
Anak main tanpa gangguan, tanpa video rawak dan tanpa pautan yang entah ke mana.
Selepas dibuka kali pertama, game kekal boleh dimain tanpa internet. Sesuai dalam kereta dan di kampung.
Anak main tanpa akaun sendiri. Sehingga 3 profil anak di bawah satu akaun ibu bapa.
Sticker dan kemajuan setiap anak tersimpan dalam profilnya, terkumpul daripada semua game di satu tempat.
Selepas 50 tempat ini penuh, harga naik kepada RM29. Siapa yang masuk awal kekal dengan harga ini, termasuk semua game yang akan datang.
50 petak, satu untuk setiap tempat Pengasas.
Tekan butang Cuba Demo Percuma. Anak terus boleh main dalam pelayar telefon, tanpa install apa apa.
Bila anak seronok dan anda yakin, buka kunci semua game melalui butang Buka Semua di dalam game.
Bayaran dibuat dengan selamat melalui halaman pembayaran kami. Semua game terbuka pada akaun ibu bapa anda, termasuk yang akan datang.
DuniaMisi direka untuk anak berumur 4 hingga 7 tahun. Cerita Hari Pertama khususnya membantu anak yang bakal melangkah ke Darjah 1 membuat persediaan dengan cara yang menyeronokkan.
Tidak perlu. Game dibuka dalam pelayar telefon dan boleh ditambah ke skrin utama telefon seperti aplikasi biasa. Tiada muat turun yang besar dan tiada akaun app store diperlukan.
Boleh. Selepas game dibuka kali pertama dengan internet, kebanyakan kandungan kekal boleh dimain secara luar talian pada peranti yang sama.
Sekali sahaja. Harga Pengasas ialah RM15 untuk semua 6 game termasuk yang akan datang dan semua kemas kini. Tiada langganan dan tiada caj berulang.
Akses anda terikat pada akaun ibu bapa. Log masuk semula dengan akaun yang sama pada peranti baharu dan semua game yang telah dibuka akan tersedia semula.
Betul. Tiada iklan pihak ketiga, tiada video rawak dan tiada pembelian dalam game yang ditujukan kepada anak. Pembelian hanya dibuat oleh ibu bapa melalui butang Buka Semua.
Demo percuma dan tiada bayaran diminta di muka surat ini. Tekan butang di bawah dan lihat sendiri bagaimana anak anda bermain sambil belajar.
Cuba Demo Percuma